SEPAK TAKRAW
SUKIPT: Tiada kemudahan lengkap tak halang Aiman Husni, Haizam Huzairi sumbang emas buat UPNM
Pasangan beregu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Muhammad Aiman Husni dan Mohammad Haizam Huzairi menjelaskan bahawa mereka terpaksa menjalani latihan sendiri di gelanggang terbuka yang disediakan dalam kawasan kampus kediaman mereka.
Begitupun, ketiadaan tempat latihan yang lebih selesa dan kondusif tidak menjadi halangan buat skuad beregu sepak takraw itu untuk meraih pingat emas Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dengan kemenangan mudah 2-0 ke atas Universiti Teknologi Mara (UITM).
Iklan
"Selepas saingan Sukan Malaysia (SUKMA) saya tidak berjaya meraih medal, kemudian dapat meraih gangsa di Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen 1 kemudian dapat meraih pingat emas di sini, saya berasa bangga," kata Muhammad Aiman Husni.
Mohammad Haizam Huzairi seakan pula tidak percaya mampu meraih pingat emas susulan sesi latihan mereka hanya berlangsung secara persendirian sahaja.
"Kami hanya pasukan yang biasa sahaja dan bersyukur dapat pingat emas. Kami berlatih di tempat latihan tidak berbumbung dan kami berlatih sendiri sahaja." tambah Mohammad Haizam Huzairi.
Must-Watch Video