UNIVERSIADE
SUKIPT: Tasik Timah Tasoh saksi enam rekod kebangsaan kayak dipecahkan
Enam rekod kebangsaan berjaya dipecahkan menerusi sukan kayak dalam temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024 yang berlangsung di Komplek Sukan Air Tasik Timah Tasoh, Perlis.
Atlet Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Nurqasrina Syahzanani, meleburkan rekod yang dicipta Nur Amirah Anisah Abdul Kadir dengan catatan masa baru 57.29 saat menerusi acara TK2 wanita, Sabtu lalu.
Nik Afiq Nik Mazli yang mewakili Kolej Polytec menjadi atlet kedua mencipta rekod kebangsaan milik Muhammad Ridzuan Abdul Aziz sewaktu dalam edisi Sukma Perlis 2014 dengan catatan masa baru 42.97s di peringkat saringan dalam acara TK1 Lelaki.
Iklan
Dalam pada itu, wakil UITM, Marina Muzaffa-Aisyah Farhanah Azwan memadam rekod kebangaan berusia 10 tahun dalam acara K2 Wanita dengan catatan masa 43.19 saat sakali gus mengatasi rekod milik Syahida Asyiqin Rusli-Anis Unaizah sewaktu Sukma Perlis 2014.
Tiga lagi rekod baru kebangsaan dipecahakn oleh Khairul Naim Zainal yang mewakili UITM menerusi acara K1 Lelaki dengan catatan masa 37.64 saat, Syahida Asyiqin Rusli (UPSI) menerusi acara K1 Wanita dengan catatan 47.17 sat dan Hassan Al Basri AliMuhammad Naiem Shahmi Mahusin melalui acara K2 Lelaki dari universiti sama.
Must-Watch Video