Pasukan bola tampar Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR-UMT) muncul juara Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Edisi (SUKIPT) 2024 menewaskan Universiti Putra Malaysia (UPM) 2-0 di Sintok, Kedah.

Walaupun kemenangan tampak mudah buat TAR-UMT, kapten pasukan, Ang How Juen, tetap berasakan pihak lawan memberi tentangan yang cukup hebat.

"Pasukan lawan sangat mantap tapi kami juga sudah pun membuat persediaan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Apa yang penting, kejayaan ini menyaksikan How Juen dan rakan sepasukan akan makan besar nanti dengan jamuan makan tajaan pihak universiti.

"Kami mahu makan 'steambot kaw-kaw'", katanya lagi.