Skip to main content

Universiade

SUKIPT: P. Madhuri enggan bersandarkan reputasi atlet kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

upm1.jpg
Atlet karate kebangsaan kategori bawah 55kg, P. Madhuri, sedia mempertahankan kejuaraannya dalam temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi keenam yang akan berlangsung di Universiti Utara Malaysia, Jumaat ini.

P. Madhuri menegaskan bahawa dia tidak mahu memandang rendah terhadap kemampuan pihak lawan meskipun membawa gelaran atlet kebangsaan.



"Buat masa sekarang, latihan kami memberikan hasil positif.

"Saya tidak  mahu menganggap lawan yang mudah dan saya mempercayai kebolehan yang saya ada selain mereka juga mempunyai teknik yang berbeza jadi mari kita saksikan siapa yang menunjukkan persembahan yang baik dialah yang akan menang," katanya.

Walaupun tidak meletakkan sasaran khusus, P. Madhuri bersama gandingannya, Siti Nur Azwani, bertekad Universiti Putra Malaysia mendominasi pingat emas menerusi acara individu dan berpasukan.

Advertisement

Must Watch Video