OLAHRAGA

SUKIPT: Nani Sahirah hampir hilang arah punca tiga lontaran tidak menjadi

Shaiful Shamsudin 11/09/2024 | 09:46 MYT
Bagai serba tidak menjadi buat atlet lontar peluru negara, Nani Sahirah Maryata, apabila tiga percubaan awalnya dibatalkan walaupun sepatutnya sudah mampu mencatatkan rekod kebangsaan lontar peluru kebangsaan.
Namun, menurut wakil Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, dia tetap berpuas hati dengan catatan terbaik yang dilakukan iaitu 14.98 meter, selain menjadikan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) sebagai pentas persiapan dirinya ke Sukan SEA Thailand tahun depan.
"Saya mahu mengukur keupayaan bagi persediaan menghadapi Sukan SEA.
"Saya mahu tahu adakah saya mampu memenangi emas. Saya perlukan ketekalan sejauh 15m, seterusnya mampu mencapai lontaran 16m.
"Tapi teknik lontaran saya masih kurang memuaskan sementara fizikal sudah bersedia.
"Seminggu sebelum SUKIPT, saya hilang arah sampaikan lupa cara nak melontar.
"Saya seorang yang beremosi. Yang penting kalau nak buat sesuatu, perlu buat sampai jadi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Shazwani Ruzaiman.
#SukIPT #Sukan Institusi Pendidikan Tinggi
;