Skip to main content

Universiade

SUKIPT: Kerja keras saya akhirnya terbalas -- Yap Pui Teng

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

taekwando.jpg
Pemenang emas taekwando Kyurogi, Yap Pui Teng, tiada masalah menyumbangkan emas acara Taekwando Kyurogi di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2024 walaupun terpalit dengan masalah kesihatan.

Dia terpaksa cuti daripada berlatih selama seminggu sekali gus menggusarkan pemenang pingat emas taekwondo acara kyurogi kategori bawah 53 kilogram itu sebelum ini dalam persiapan untuk temasya itu.






Namun, dengan keputusan yang positif memastikan dia berjaya meraih kilauan emas setelah menumpaskan pihak lawan dari Universiti Teknologi Mara (UTM), hari ini. 

"Saya ada rasa terkesan dari aspek momentum, kerana sebelum SUKIPT saya tidak sihat dan hampir seminggu saya demam. Saya agak kecewa kerana tidak boleh berlatih. Malah, jika pulang daripada berlatih akan rasa sangat penat.

"Saya berasakan kerja keras saya akhirnya terbalas untuk kejohanan ini dan akan datang nanti, terima kasih buat keluarga yang memberikan sokongan dari aspek mental." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video