SUKIPT: Keluarga tetap bangga meskipun tidak menang emas

Najmi Iman
September 6, 2024 20:42 MYT
Pemenang pingat gangsa karate acara kumite bawah 55kg, P. Madhuri, tetap kecewa kerana tidak dapat menghadiahkan pingat emas seperti yang diharapkan oleh seluruh keluarganya dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Universiti Utara Malaysia.
Pun begitu, pemenang pingat gangsa Sukan SEA Myanmmar 2013 itu tetap berpuas hati dengan keputusan tersebut namun, jauh di sudut hatinya, dia merasakan mampu buat yang lebih baik.
Perjuangannya tidak terhenti disitu, dia bakal berhadapan acara berpasukan dan harapannya untuk mempertahan pingat emas yang pernah diraih edisi lepas.
"Mereka (keluarga) tahu betapa kerasnya usaha saya terhadap sukan ini dan mereka tetap bangga dengan pencapaian saya namun, saya masih hampa tidak dapat jelmakan pingat emas itu.
"Saya tidak merasakan sebarang tekanan kerana saya sendiri yang mengetahui jerih perjalanan dalam sukan ini," katanya.
#SukIPT #Sukan Institusi Pengajian Tinggi #Madhuri #P.
;