Skip to main content

Sukan Lain

SUKIPT gilap atlet pelapis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sukipt-opening.jpg
Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 dirasmikan secara gilang-gemilang di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, malam ini yang menjadi tuan rumah temasya itu.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, yang melahirkan rasa bangga terhadap SUKIPT yang mengetengahkan atlet pelapis dalam kalangan mahasiswa. 

"Ini satu pesta sukan yang besar di negara kita," kata Idris terhadap temasya yang disertai 6,000 atlet itu. 

Upacara pembukaan itu diserikan oleh kumpulan seni tuan rumah, UKM, sebelum perarakan masuk kontinjen universiti yang bertanding, termasuk dari Indonesia, Thailand, Singapura dan India. 

Kemuncak acara yang dinantikan adalah penampilan atlet kebangsaan, Muhammad Hakimi Ismail, Luqman Hakim Ramlan, Joshua Koh I-Jie, Syazatul Nadhirah Zakaria dan Noraidilina Adila J. Sam yang membawa skrol kejohanan utnuk diserahkan kepada menteri berkenaan sebagai simbolik bermulanya SUKIPT 2018 secara rasminya. 

"Saya berasa sangat bangga dan syukur kerana Kementerian Pengajian Tinggi memberi saya kesempatan memegang skrol. 

"Ia satu penghormatan kepada saya," kata Hakimi. 


 

Advertisement

Must Watch Video