Skip to main content

Sukan Lain

SUKIPT: Gelaran Raja Pecut ubati kekecewaan Aliff Iman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aliff-imran.jpg
Aliff Iman Mohd Fahimi meraih gelaran Raja Pecut Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) edisi 2024, dengan catatan 10.68 saat selepas 0.03 saat lebih pantas daripada wakil Kolej Komuniti Malaysia, Hanssen Yap di Sintok, Kedah, hari ini. 

Mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM), Aliff pada mulanya bertekad melayakkan diri ke acara 100 meter, Sukan SEA 2025 di Thailand.

Namun, dia tetap bersyukur dapat menebus kekecewaannya dalam Sukan Malaysia (Sukma) yang menyaksikannya gagal lolos ke acara akhir.

"Saya beraksi di bawah tahap sebenar dalam Sukma lalu. Saya tidak tahu kenapa. 

"Semuanya adalah takdir daripada Allah," katanya di Nadi Arena. 




 

Advertisement

Must Watch Video