Skip to main content

Sukan Lain

SUKIPT 2024: UPM kekal kuasa besar acara ragbi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

upm-uitm.jpg
Acara ragbi kekal didominasi oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) selepas berjaya mempertahankan kejuaraan menumpaskan pesaing terdekat Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan keputusan 21-0.

Menurut kapten UPM, Muhamad Hafiezie Sudin, dia berbangga dengan kejayaan itu selain berasakan penyertaan lebih ramai pemain kebangsaan dalam kempen Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) kali ini membawa kelebihan.

Dalam pada itu, bagi kategori wanita pula dijuarai oleh pasukan UiTM selepas menewaskan pasukan Politeknik dengan keputusan 19-5.

Advertisement

Must Watch Video