SUKAN LAIN
SUKIPT 2024: Politeknik Malaysia dominasi sukan taekwondo
Politeknik Malaysia mendominasi sukan taekwondo dengan memungut tiga pingat emas dari acara kyurogi menerusi bebebrapa atlet kebangsaan.
Dengan pencapaian itu juga mampu meletakkan politeknik di kedudukan teratas jumlah pungutan pingat iaitu sebanyak 13 emas, tujuh perak dan empat gangsa.
Pemenang pingat emas acara kyurogi bawah 67 kilogram, Nadia Aina Syazwani Ishak kekal dengan momentum terbaik selepas kali terakhir meraih pingat emas di Sukma bulan lalu.
Iklan
Walaupun dilanda kecederaan buku lali kanan, dia dengan semangat berjuang tidak terlalu memikirkan kesakitan selain meletakkan fokus hanya untuk memenangi emas penampilan pertamanya di sukipt.
Bagi atlet taekwondo kebangsaan, Muhammad Luqman hakim Mohd Suhaimi terpaksa menangguhkan semester pelajaran disebabkan mahu tumpukan fokus terhadap beberapa kejohanan besar yang disertainya tahun ini.
Dia yang meraih pingat emas acara kyurogi bawah 78 kilogram juga bakal meneruskan kempen kejohanan Terbuka Indonesia yang dijadual berlangsung Oktober ini.
Dalam pada itu, juga pemenang pingat emas kategori bawah 63 kilogram, Fu Ceen mendedikasikan kemenangan itu kepada ibu serta seluruh keluarganya apabbila terpaksa berjauhan daripada mereka.
Must-Watch Video