Atlet wusyu, Tammy Tan, mengharumkan Malaysia di Chengdu, China, apabila menggondol pingat emas pertama dalam Sukan Universiti Dunia 2023.
Pungutan 9.613 mata menerusi disiplin jianshu, hari ini, membolehkannya mengatasi pencabar terdekat dari Macau dan Hong Kong.
Dalam perkembangan yang sama, Mandy Cabelle tetap berpuas hati dengan pencapaiannya sekalipun menamatkan saingan dalam acara taijijian wanita hari ini di tempat keempat selepas melakar kejutan podium, semalam.
Sementara itu, pasukan wusyu negara terus cemerlang pada hari ketiga temasya apabila menambah kepada pungutan pingat buat kontinjen Malaysia.
Pemenang pingat perak Sukan SEA Hanoi 2021, Calvin Lee, menebus kekecewaan semalam dengan membutirkan gangsa kedua dalam acara individu nangun.
"Saya berasa syukur dan gembira.
"Walaupun pingat gangsa tapi ia sangat penting.
'Semalam persembahan saya agak teruja hingga menjejaskan tahap fokus saya dalam persembahan ketika itu.
"Saya harap dapat melakukan yang lebih baik lagi dalam kejohanan seterusnya," katanya ketika ditemu bual wakil Nadi Arena, Fariha Razak, sebentar tadi.

Bukan sahaja melepasi sasaran pasukan, tetapi melebihi dari apa yang disasarkan kontinjen negara.
— Fariha Razak (@farihaarazak) July 30, 2023
???? Goodjob team Wushu! Wo Ai Ni ??? #Chengdu2021 @ASTROARENA pic.twitter.com/vKzvsBqWEE