Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Universiti Dunia: Russel tumpu acara 200m

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

russel.jpg
Pemegang rekod 200 meter kebangsaan, Russel Alexander Nasir Taib, terpilih membentuk kuartet 4x100m negara buat kali pertama dalam Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang sedang berlangsung di Napoli, Itali.

Tiga lagi pelari ialah Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa dan Muhammad Aqil Yasmin.

Kuartet itu berpeluang memecahkan rekod kebangsaan, 39.27 saat yang dilakukan Jonathan, Mohd Haiqal Hanafi, Nixson Kennedy dan Badrul Hisham Abd Manap dua tahun lalu.

"Saya masih tidak pasti dengan percaturan untuk perlumbaan ini. Buat masa ini, saya akan memberi tumpuan kepada acara 200m sebelum beralih tumpuan kepada acara 4x100m," kata Russel.

Bagaimanapun, hasrat berentap dengan Khairul Hafiz dalam 200m di Napoli tidak kesampaian apabila lelaki terpantas Asia Tenggara itu hanya beraksi dalam 100m dan 4x100m.

Ini bermakna acara 200m lelaki akan digalas Russel dan Aqil.

"Saya telah berlatih dengan sebaik mungkin untuk acara 200m. Setiap program yang telah dilakukan diharap dapat berhasil kali ini," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video