Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Universiti Dunia: Pertembungan Russel, Khairul Hafiz tidak kesampaian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

russel-alex-nasir-taib.jpg
Hasrat pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib, untuk berentap dengan Khairul Hafiz Jantan dalam Sukan Universiti Dunia di Naples, Itali bulan ini tidak kesampaian apabila raja pecut Asia Tenggara itu tidak beraksi dalam acara 200 meter.

Russel akan berlepas ke Itali bersama skuad olaharaga negara malam ini.

Seramai 12 pelari akan menyertai acara 200 meter di Naples, namun Khairul Hafiz tidak akan menyertai acara itu kerana mahu menumpukan terhadap saingan 100 dan 4x100 meter.

Russel pula akan diiringi seorang lagi wakil negara, Muhammad Aqil Yasmin, dalam acara 200 meter memandangkan dia masih lagi pemegang rekod kebangsaan, 20.77 saat.

Skuad olahraga negara menyasarkan satu pingat dalam temasya itu dengan bersandarkan kepada acara 4x100 meter.

Ikuti laporan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.
 

Advertisement

Must Watch Video