Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber, yang meraih dua pingat emas dalam acara kyorugi di Sukan SEA Vietnam 2022 dan Kemboja pada 2023, kini dalam misi mencipta hatrik emas pada Sukan SEA Thailand edisi kali ini.
Persiapan awal bagi memecahkan badi kekalahan dalam pusingan awal di Sukan Universiti Dunia Chengdu lalu menjadi fokus utama syafiq untuk menambah baik prestasi di bumi jerman agar tidak dikecewakan kali ini.
"Saya dan pasukan harap dapat bertarung dengan lebih baik buat Malaysia, kerana sebelum ini tewas kepada Taiwan, memandangkan ini kempen terakhir saya.
"Ini kejohanan utama untuk fokus, ini cabaran untuk pertahan pingat emas dan capai hatrik di Sukan SEA Thailand kali ini,' katanya.
Syafiq turut memuji inisiatif sains sukan moden yang disediakan oleh Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam membangunkan potensi terbaik buat dirinya serta rakan sepasukan untuk mengecapi prestasi optimum menuju kejohanan.
"Tahun ini banyak kejohanan luar yang kami pergi, terima kasih ISN dan MSN. Kami juga diberikan kemudahan skuad analisis yang sentiasa mengkaji kelemahan pasukan lawan dan corak permainan kami." tambahnya.