SUKAN LAIN
Sukan Universiti Dunia: Hasrat Grace Wong tidak tertunai
“Saya tidak puas hati.”
Demikian laung jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong, apabila mencatat 57.52 meter untuk menamatkan saingan akhir Kejohanan Sukan Universiti Dunia 2023 di kedudukan ke-11 daripada 12 peserta.
Dan pemegang rekod Sukan SEA ketika di Kemboja itu kecewa kempennya di Chengdu kali ini gagal mencapai sasaran.
Iklan
Kali terakhir Grace membuat balingan lebih daripada 60.00 meter adalah ketika dia membawa pulang pingat emas dalam temasya Asia Tenggara, Mei lalu, untuk memperbaiki rekod terbabit dengan catatan 61.87 meter.
"Saya tidak rasa keadaan saya bagus dan balingan juga tidak memuaskan.
"Sasaran saya adalah dalam kejohanan ini dengan mencapai sekurang-kurangnya 60.00 meter jadi saya mengharapkan catatan 61.00 meter dalam Sukan Asia (Hangzhou, bulan depan)," katanya.
Sementara itu, satu lagi harapan kem olahraga untuk membawa pulang pingat pertama menerusi Queenie Ting menerusi acara lempar cakera wanita juga tidak berhasil.
Pemenang perak Sukan SEA Kemboja itu akur bahawa prestasi pencabarnya jauh lebih baik untu k mengakhiri saingan di kedudukan ke-10 dengan catatan 50.56 meter.
Must-Watch Video