Skip to main content

Sukan SEA

Sukan tari: Pengorbanan Lego Sam berbaloi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lego.jpg
Sam Jee Lek atau lebih dikenali sebagai Lego Sam sanggup mengeluarkan perbelanjaan RM5,000 untuk menyertai Sukan SEA Filipina.

Pengorbanannya itu berbaloi apabila meraih pingat emas acara break dance hari ini walaupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak akan membayar semula kos itu.

"Bagi saya, ia amat luar biasa dan seakan-akan mimpi.

"Saya melakukan banyak perkara dan akhirnya mendapat emas.

"Jadi, saya rasa segala pengorbanan itu berbaloi.

"Pingat emas ini amat penting kerana ia akan tercatat dalam sejarah negara.

"Ia merupakan kali pertama, jadi saya harap kejayaan ini dapat disaksikan semua B-boy (penari break dance) di Malaysia.

"Menjadi seorang B-boy atau breakers bukanlah sesuatu yang nakal kerana anda boleh mewakili Malaysia dalam Sukan SEA," katanya.

Advertisement

Must Watch Video