SUKAN LAIN
Sukan tari: Khenobu kecewa atlet breakdance tiada tempat latihan khusus
Atlet sukan tari negara, Faridh Yasin, yang lebih dikenali sebagai Khenobu, meluahkan kekecewaannya berikutan tiada tempat latihan khusus buat sukan itu menjelang Kejohanan Breakdance Dunia di Perancis bermula 4 Disember ini.
Penari kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu akan bersama Sam Lee Jek (Lego Sam) untuk mewakili negara ke kejohanan itu, yang turut merupakan pentas mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Khenobu berharap sukan breakdance akan dipandang lebih serius dan menerima sokongan yang secukupnya, terutama apabila ia kini akan dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik.
Iklan
"Untuk katakan persiapan sudah 100 peratus memang tidak kerana kami juga sedang bergelut mencari tempat latihan. Kami hanya menumpang berlatih di tempat orang, ia seadanya," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Karl Nunis.
"Ini untuk Malaysia kan? Jadi kami tidak menganggap ia sebagai penting sangat dan pandai-pandailah kami mencari tempat latihan sendiri.
"Selagi Malaysia menyokong kami untuk ke sana (Perancis), ia sudah cukup bagus walaupun kami tiada tempat latihan.
"Itu bukan alasan tetapi kalau boleh, orang Malaysia bukalah mata dan lihatlah kami yang sudah bertahun-tahun berusaha untuk mempromosikan sukan breakdance ini.
"Kami benar-benar mahu menjadikan breakdance sebagai kerjaya, jadi harap-harap orang Malaysia yang ada bakat seperti kami juga mempunyai mentaliti yang sama," katanya.
Atlet breakdance Negara, @Khenobuu bunyi macam redha je dengan something...agaknya apa yang sampai Khenobuu kena cari 'jalan sendiri' tu?Nantikan perincian penuh laporan @_karlnunis malam ini di Nadi Arena! pic.twitter.com/JdBnSHEUbt— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 25, 2021
Must-Watch Video