Skip to main content

Sukan Lain

Sukan tari: Bernice Iu menyinar dengan pingat perak di Georgia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sukan-tari.jpg
Malaysia mencatat satu lagi kejayaan membanggakan di pentas sukan tari antarabangsa melalui penyertaan dalam Caucasus Cup 2025, sebuah kejohanan berprestij yang disahkan oleh World DanceSport Federation (WDSF). 

Kejohanan ini berlangsung di Sheraton Grand Palace Tbilisi dari 16 hingga 18 Mei 2025, dan menampilkan acara bertaraf dunia termasuk Kejohanan Dunia Junior II Latin dan Solo Latin Wanita Dewasa WDSF.

Kontinjen Malaysia, yang terdiri daripada atlet di bawah naungan Malaysia Dancesport Federation (MYDF), serta diketuai oleh jurulatih kebangsaan, Chua Zjen Fong, telah mempamerkan persembahan cemerlang dengan membawa pulang pingat perak dan mencatat peningkatan ketara dalam ranking dunia.

Dalam kategori WDSF Solo Latin Wanita Dewasa, Bernice Iu mengejutkan pentas antarabangsa dengan merangkul pinga perak, menduduki tempat kedua dunia menerusi penampilan sulungnya dalam kejohanan solo antarabangsa, sekali gus memperkukuhkan statusnya sebagai bintang baru sukan tari, yang sedang meningkat naik.

Rakan sepasukannya, Cherry Yeo Xiao Wei, turut menunjukkan persembahan hebat dengan menamatkan saingan di tempat ke-6, mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam kategori itu.

Walaupun Cherry mengekalkan rekod kemenangan yang konsisten sebelum ini, komitmen akademiknya di London telah membataskan masa latihannya. Walaupun sedikit kecewa dengan keputusan itu, Cherry tetap bertekad untuk kembali lebih kuat dan akan meningkatkan intensiti latihannya di London, termasuk latihan jarak jauh bersama jurulatih Chua.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video