Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN: Pelari negara dominasi podium 100m wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzatul-musfirah-ahmad-kamal-azira.jpg
Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, 16, muncul selaku ratu pecut remaja Asia Tenggara selepas mengungguli 100 meter Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN di Vietnam dengan catatan 11.92 saat , hari ini. 

Ormilla Octavia Codday Nyadau menambah lagi kecederaan kem negara apabila meraih pacara riben biru itu sementara atlet Thailand memenangi gangsa. 

Tahun lalu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Terengganu itu mencipta sensiasi dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) tahun lalu dengan menggondol empat emas. 

Terdahulu Izzatul Musfirah yang pernah beraksi dalam Kejohanan Dunia Remaja B-20 di Lima, Peru, bakal mewarnai Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak Ogos depan. 







 

Advertisement

Must Watch Video