Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Helmi Basrol taruhan skuad silat negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

helmi-basrol.jpg
Pesilat muda negara, Muhd Helmi Basrol dari Kota Kinabalu, Sabah yang bakal membuat penampilan sulung di Sukan SEA kali ini. 

Pada usia 25 tahun, Helmi pernah melakar kejayaan gemilang di Kejohanan Asia 2023 apabila meraih pingat emas dalam acara kelas E putra. 

Kejayaan itu meletakkannya sebagai prospek utama untuk membawa pulang pingat pada debutnya di pentas serantau itu Disember ini.

Harapan turut disandarkan kepada Nur Syafiqah Hamzah yang kini beraksi buat kali keempat di Sukan SEA. 

Atlet berusia 31 tahun itu baru sahaja menggenggam emas di Kejohanan Silat Asia lalu menerusi acara tunggal putri. 

Kali ini, Syafiqah memburu emas dengan misi menewaskan musuh tradisi dari Indonesia, Puspa Harum Sari setelah sekadar meraih pingat perak di edisi lalu.

Dua jaguh itu menjadi sandaran utama buat kontinjen negara untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang di pentas ASEAN, bagi sasaran dua pingat emas dalam 12 acara keseluruhan yang disertai di bumi Thailand nanti.

Advertisement

Must Watch Video