Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Yiat Qing pastikan pingat emas ketujuh skuad terjun negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

qiat.jpg
Skuad terjun negara terus mendominasi Pusat Akuatik Morodok Tech susulan kejayaan meraih satu lagi pingat emas menerusi atlet muda berusia 15 tahun, Lee Yiat Qing, dalam acara platform wanita, sebentar tadi.

Yiat Qing melakukan terjunan emas dengan mengumpul 253.8 mata keseluruhan, mengatasi Bui Thi Hong Giang dari Vietnam yang menghimpun 242.2 mata manakala gangsa milik wakil Indonesia, Gladies Lariesa Garina.

Kejayaan Yiat Qing itu turut menyaksikan kem terjun negara semakin hampir untuk menyapu bersih pingat emas di Kemboja dengan hanya tinggal satu lagi acara platform lelaki, esok.
"Saya sangat berbangga dengan pencapaian ini kerana telah berlatih bagi acara ini dan berjaya membantu Malaysia meraih pingat emas," kata Yiat Qing.

Seorang lagi wakil negara, Nur Elisya Rania, berada di landasan terbaik untuk menuai pingat namun lompatan keempat 4 sekaligus terlepas peluang lengkap kedudukan podium.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video