Persatuan Triathlon Malaysia memberi amaran terhadap atlet yang akan menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bahawa mereka akan dikenakan penalti jika didapati mengasari lawan selepas atlet negara, Rikigoro Shinozuka, menjadi mangsa dalam Kejohanan Asia, hujung minggu lalu.
Rikigoro ditendang dan ditumbuk atlet lain ketika memulakan disiplin renang di Palembang, Indonesia.
Atlet berusia 22 tahun itu tidak melawan sehingga sekadar menamatkan cabaran di tangga ke-23.
Apa yang membimbangkan, juara bertahan Sukan SEA, Nico Bryan Huelgas, meraih kedudukan terbaik dalam kalangan atlet Asia Tenggara, secara tidak langsung muncul pencabar utama buat Rikigoro.
"Penganjuran Sukan SEA lebih mudah untuk memantau kelibat peserta berbanding Kejohanan Asia.
"Sudah tentu ia akan membawa perbezaan kepada setiap peserta," katanya.
Rikigoro mencipta kejutan apabila meraih perak dalam penampilan sulungnya di Singapura, dua tahun lalu.
Ketika ini, dia menghuni ranking kelima Asia Tenggara.
Malaysia hanya menyasarkan satu gangsa walaupun pernah muncul gergasi Asia Tenggara dalam triathlon.
"Kami akan memantau secara terperinci dalam disiplin renang di mana atlet-atlet yang didapati bertindak agresif terhadap peserta lain akan dihukum," kata pengurus triathlon negara, Peter Lau.