KL2017

Sukan SEA: Tiket mula dijual selepas Aidilfitri

Penulis Jemputan 05/06/2017 | 11:51 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif, Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong, berkata penjualan tiket temasya akan dimulakan sejurus selepas sambutan Aidilfitri, hujung bulan ini.
Dua kaedah akan digunakan, iaitu jualan atas talian menerusi laman web rasmi dan penjualan di kaunter. Harga tiket akan diputuskan dalam masa terdekat.
Ia bagi memudahkan peminat tempatan dan luar negara membeli tiket awal ketika temasya itu berbaki 74 hari saja lagi untuk berlangsung
"Kami telah menetapkan beberapa jenis sukan yang akan dikenakan tiket, terutama melibatkan venue berbumbung.
"Misalnya KLCC tidak boleh menampung penonton yang ramai, jadi salah satu cara untuk mengawal kemasukan penonton adalah dengan mengenakan tiket," kata Zolkples.
Apa yang menarik, beberapa acara tidak akan dikenakan tiket seperti angkat berat dan tinju bagi menarik lebih ramai penonton, terutama penyokong Malaysia.
Terdahulu, Zolkples menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Hijau KL2017 di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Program ini akan melaksanakan lima langkah utama seperti menyediakan bakul pengasingan sampah dan perkongsian basikal sepanjang temasya bagi memelihara alam sekitar.
#Sukan SEA #Sukan SEA 2017 #Suk
;