Timbalan chef-de-mission (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Thailand, Datuk Kenny Goh, mengambil peluang untuk meninjau persiapan pasukan tenis kebangsaan.
Selain itu, Kenny mengingatkan barisan atlet bahawa penyertaan kali ini bukan sebagai pelengkap kontinjen sahaja dengan misi utama pastinya menambah baik kutipan pingat di edisi sebelum ini selepas meraih dua pingat gangsa di Kemboja.
"Mereka pun sudah faham pobjektif dalam kejohanan ini.
"Saya percaya mereka sedar bahawa ini bukan satu percutian.
"Mereka akan berikan yang terbaik," katanya.
Ketua jurulatih tenis kebangsaan, Mulyadi Jamal, tidak meletak tekanan besar buat anak buahnya meraih emas di Thailand kelak.
Wakil negara bakal menghadapi cabaran getir menerusi kelibat pemain bertaraf Grand Slam, iaitu Alexandra Eala, yang mewakili Filipina.
"Kelebihan buat tuan rumah yang mempunyai tiga wakil lelaki yang di ranking lebih tinggi berbanding pemain negara, Indonesia pula seorang.
"Untuk kategori wanita pula, Filipina mempunyai Alexandra Eala yang sudah beraksi dalam Grand Slam, Indonesia memiliki Janice Tjen.
"Dua wakil Thailand juga beringinan mencabar emas.
"Cuaca juga dijangka panas kerana perlawanan diadakan di luar dewan," katanya.
Grab Cepat

Prestasi Dengan Gaya
Adidas Tennis Polo Shirt direka dengan fabrik ringan & bernafas untuk keselesaan maksimum setiap pergerakan.
Grab Cepat