Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Venue tanpa bumbung, aspek cuaca cabaran kem berbasikal trek negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ridwan.jpg

"Berlatih di velodrom tanpa bumbung"

Itu merupakan antara situasi pemanas badan skuad berbasikal trek negara dalam usaha menyesuaikan diri dengan suasana perlumbaan sebenar. 

Pelumba trek negara, Ridwan Sahrom, tidak beranggapan ketiadaan Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom sebagai kesukaran untuk mereka merangkul emas dalam temasya Sukan SEA Thailand pada Disember ini. 

Dia bersama-sama pasukan berbasikal trek negara akan menjalani kem latihan di Velodrom Chiang Mai pada 17 November sebelum membawa cabaran penuh di temasya dwitahunan itu nanti.

Ridwan meletakkan lebih keyakinan dengan sasaran emas acara pecut berpasukan bersama Fadhil Zonis dan Akmal Nazimi berbanding acara keirin yang sebelum ini sering didominasi Jijoe dan 'The Terminator'.



 



Begitupun, pelumba berusia 22 tahu itu perlu berwaspada dengan kelibat pelumba Thailand, Jai Angsuthasawit, yang merupakan antara pencabar dominan pada masa ini. 

"Minggu depan kami akan berlepas di Chiang Mai sebagai kem persediaan terakhir sebelum ke Sukan SEA, saya berharap tiada apa-apa masalah di sana selain mahu rehat secukupnya.

"Di sana kami akan berlumba di velodrom tanpa bumbung, cuaca memainkan peranan penting di sana.

"Kami memerlukan rehat sekarang, ia faktor tinggi sebelum perlumbaan nanti." katanya. 

Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video