Sukan SEA Thailand: Tuan rumah tambah 16 acara, jumlah sukan jauh lebih tinggi berbanding Kemboja 2023

Najmi Iman
Disember 28, 2024 18:34 MYT
Sebanyak 50 jenis sukan akan dipertandingkan dalam Sukan SEA Thailand 2025 yang melebihi jumlah acara daripada edisi terdahulu di Kemboja 2023.
Tuan rumah berpotensi menawarkan jumlah pingat emas terbanyak dengan 585 acara di jangka menjadi rebutan seluruh atlet Asia Tenggara dalam temasya dwitahunan itu.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, penganjur telah membuat beberapa penambahan dan perubahan acara di luar jangkaan semasa mesyuarat maya yang diadakan minggu lepas.

Penganjur Sukan Sea 2025, Thailand tambah jumlah acara dengan 585 acara dijangka dipertandingkan dari 9 hingga 20 Disember!@ASTROARENA pic.twitter.com/8tNHpiShJV

— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) December 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdapat penambahan 16 acara baharu sambil 11 telah digugurkan. Perubahan tersebut melibatkan sukan gimnastik, kanu, berbasikal, e-sukan, pencak silat dan judo.
Pada edisi lepas di Kemboja, sebanyak 580 acara melibatkan 36 jenis sukan dipertandingkan, manakala edisi 2021 di Vietnam dan 2019 di Filipina masing-masing menyaksikan 523 acara (40 sukan) dan 530 acara (56 sukan).
#Sukan Sea Thailand
;