SUKAN SEA
Sukan SEA Thailand: Tiada slot senior, acara bola sepak termaktub untuk bawah 22 tahun sahaja
Peraturan acara bola sepak akan diperketat yang mengehadkan penyertaan pemain lebihan umur dalam Sukan SEA Thailand yang akan berlangsung hujung tahun ini.
Secara keseluruhan, hanya pemain berusia 22 tahun kebawah dibenarkan beraksi mewakili negara masing-masing dalam kejohanan dwi tahunan itu dan dilarang mendaftarkan pemain senior sama sekali.
Ini menyaksikan tapisan itu mengakibatkan setiap pasukan tidak dibenarkan mengisi slot pemain senior bagi membantu pasukan sebagai tonik tambahan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, Indonesia merupakan juara bertahan selepas menewaskan Thailand dalam edisi lalu di Phnom Penh, Kemboja.