Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Tiada Sivasangari, Rachel, Eain Yow untuk kem skuasy negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

skuasy.jpg
Tiada S. Sivasangari, Rachel Arnold dan Ng Eain Yow dalam Sukan SEA Thailand 2025.

Tiadanya bintang skuasy negara itu bersama kontinjen Malaysia dalam skuad ke kejohanan dwitahunan itu pasti sukar menghadiahkan pingat emas dengan mudah.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Andrew Cross, mengesahkan keputusan dibuat supaya ke semua pemain yang terlibat diberi peluang untuk fokus kejohanan luar.

"Noor Ainaa Amani Ampandi dan Yee Xin Ying akan bermain dalam Sukan SEA.

"Rachel dan Sivasangari akan fokus dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

 

"Sivasangari sangat bagus dan akan bertemur dalam final di Amerika Syarikat (AS). Rachel dan Aira juga memberi persembahan terbaik. 

"Saya sudah bercakap dengan Eain Yow dan dia dalam keadaan baik," katanya.

Sementara itu, dengan nama lain yang tersenarai ke Sukan SEA, Andrew menekankan mereka layak untuk berada dalam barisan ke Thailand, sekali gus berpeluang untuk menjelmakan emas buat negara.

"Mereka bukan pemain terkuat untuk kem kali ini tetapi jangan memandang rendah kebolehan mereka," tambahnya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video