Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, mengumumkan bahawa dia tidak akan mengambil bahagian bagi acara 100 meter (m) pada temasya Sukan SEA 2025 yang bakal berlangsung di Thailand, Disember ini.
Sebaliknya raja pecut Asia Tenggara 2017 itu akan memberikan fokus sepenuhnya bagi membantu kuartert 4X100m pada saingan kejohanan dwitahunan itu.
"Saya mungkin tidak berlari acara 100 meter individu dalam sukan SEA.
"Biar pelari muda diberi peluang. Fokus saya hanya satu iaitu bantu pasukan kuartet 4X100m," katanya kepada media tempatan pada Rabu.
Khairul juga dilihat masih lagi bergelut dengan kecederaan hamstring yang dialaminya dan masih lagi berada dalam fasa pemulihan.
Ketiadaan Khairul Hafiz dalam temasya kali ini akan menyaksikan Malaysia akan meletakkan harapan tinggi kepada Azeem Fahmi bagi acara pecut.