Syafiq Puteh berada dalam misi terbaik untuk meraih emas Sukan SEA dalam acara 3 meter papan anjal di Thailand yang bermula 9 Disember depan.
Insiden pada dua minggu lalu menambah kesukarannya untuk menampilkan aksi terbaik.
Penerjun berusia 30 tahun itu berharap mampu pulih dari kecederaan menjelang sukan sea thailand disember ini, berbekalkan fisioterapi yang memiliki pengalaman pemulihan pantas.
"Saya mengalami kecederaan kecil di pinggang dan perlu menjalani latihan fisioterapi di MSN (Majlis Sukan Negara) pada setiap minggu.
"Saya mengharapkan sokongan daripada jurulatih," katanya.
Syafiq juga mengesahkan dia tidak ada hasrat bersara selepas Sukan SEA Thailand dan akan meneruskan perjuangannya hingga temasya berikutnya di tanah air, di mana ia bakal menjadi medan terakhir dirnya sebagai seorang atlet.
"Saya harap teruskan tahap kecergasan dan kurangkan kecederaan untuk capai sasaran ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2027," katanya.