Skip to main content

Hoki

Sukan SEA Thailand: Skuad hoki dalam dewan negara tempang?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
Sukan hoki menjadi tumpuan utama dalam temasya Sukan SEA Thailand kerana menawarkan enam kilauan pingat emas bermula 9 Disember.

Selain acara tradisi iaitu hoki padang, kejohanan dwitahunan itu turut mempertandingkan hoki 5 sepasukan dan hoki dalam dewan pada edisi kali ini.

Menyedari tekanan semakin memuncak menuju 67 hari lagi sebelum pembukaan edisi ke-33 itu, skuad hoki dalam dewan lelaki negara berdepan pelbagai kesukaran.

Selain ketiadaan venue tetap untuk berlatih, skuad kendalian Rodhanizam Mat Radzi juga kehilangan tonggak utama.

Difahamkan, pemain utama skuad hoki dalam dewan negara dilamar bagi memperkuat skuad hoki padang serta hoki 5 sepasukan.

Bintang skuad hoki dalam dewan, Ashran Hamsani kini memperkuat The Speedy Tigers.

Jika kudrat Ashran terus ditagih pasukan di bawah bimbingan Sarjit Singh, sejauh manakah ia akan merencatkan kekuatan skuad hoki dalam dewan negara?

"Kita boleh katakan Ashran merupakan kesebelasan utama untuk skuad padang kebangsaan. 

"Itu adalah perkara yang bagus untuk dirinya, dan kami tiada masalah untuk melepaskan dia.

"Cuma, kami mohon pasukan padang memberikan kesempatan untuk kami dan Ashran berlatih bersama selama seminggu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Advertisement

Must Watch Video