Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Siti Rahmah optimis kemampuan kem pencak silat negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

siti.jpg
Skuad pencak silat negara kembali ke bumi Malaysia dengan kejayaan membawa pulang tujuh emas, tiga perak dan empat gangsa daripada Kejohanan Pencak Silat Asia 2025.

Hanya dua emas yang berjaya dituai kem silat olahraga negara menerusi kelas H Putra dan kelas C Putri bagaimanapun mengundang kerisauan.

Namun, bagi jurulatih silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir, ianya bukan satu perkara yang perlu dirisaukan sebelum ke temasya Sukan Sea 2025 kerana barisan atlet sama akan menjalani latihan fasa akhir di Songkhla, Thailand.

Latihan tersebut akan dilaksanakan dengan rapi bagi memperbaiki segala kelemahan yang dikenalpasti di Kejuaraan Asia.

"Sebenarnya Kejuaraan Asia ini merupakan satu kejohanan yang disertai ramai atlet daripada pelbagai negara termasuk Indonesia dan Vietnam, keputusan untuk menghantar pesilat negara ke sana adalah satu perkara yang bagus.

"Kita mampu menganalisis atau mengenalpasti kelebihan serta kelemahan setiap atlet dari dalam dan luar negara, ini adalah satu jangka masa untuk kita perbaiki khususnya melibatkan aspek taktikal.

"Ini sememangnya pengalaman yang kita mahukan buat atlet negara sebagai persiapan menjelang Sukan Sea Thailand," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Kamal Nizam.

Advertisement

Must Watch Video