Jaguh boling negara, Sin Li Jane, terus memburu pencapaian membanggakan.
Juara Terbuka Malaysia itu mahu menutup musim 2025 dengan kenangan terindah di mana dia menjadi salah seorang atlet negara yang akan menghadapi kejohanan secara 'back-to-back' iaitu Kejuaraan Dunia 2025 di Hong Kong dan Sukan SEA Thailand 2025.
Tidak hanya memberi tumpuan untuk satu kejohanan sahaja, Sin Li Jane berkongsi bahawa fokusnya ketika ini adalah menghadapi satu per satu supaya tiada yang terlepas daripada genggamannya.
"Itu adalah perkara biasa. Saya perlu menghadapi secara satu per satu, kemudian baru mengalihkan fokus ke pertandingan lain.
"Setiap penyertaan memiliki tekanan. Bagaimana cara kita untuk mengatasi itu bergantung kepada masing-masing.
"Bagi acara berpasukan, Malaysia merupakan pasukan yang kuat," katanya.
Sementara itu, pemenang lima pingat emas kejohanan dwitahunan Asia Tenggara itu juga berharap musim 2025 berakhir dengan baik bukan hanya untuk dirinya, malah buat rakan sepasukan yang berjuang untuk membanggakan negara.
"Saya berharap dapat membuat yang terbaik dalam dua kejohanan itu. Saya percaya setiap individu mahu melakukan yang terbaik," tambahnya.
Grab Cepat

NIKE SALE: Up to 60% + Extra 15% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Nike kegemaran korang dengan diskaun hebat bila beli 2 item atau lebih. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat