Ketiadaan raja pecut negara, Azeem Fahmi, sebagai sandaran utama dalam kategori pecut individu menjadi kerisauan buat kontinjen negara dalam Sukan SEA Thailand.
Namun, bagi ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil, kekosongan itu mampu diisi atlet muda dengan nama seperti juara Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Danish Iftikhar Muhammad Roslee, antara calon yang disebut-sebut selepas 'meletup' dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, baru-baru ini.
"Azeem tidak dapat bersama kem negara atas komitmen bersama pihak universitinya dan dia menghadapi persiapan ke arah Sukan Asia.
"Yang terbaik buat masa ini ialah Danish Iftikhar. Dia masih muda dan sudah mampu bersaing di peringkat Asia Tenggara (ASEAN).
"Ini adalah penting menjelang penganjuran 2027 dan merupakan sandaran terbaik acara 100m.
Ketiadaan Azeem juga sedikit merencatkan kuartet 4x100 meter (m), namun ia juga bakal memberi ruang untuk atlet lain merebut tempat itu, sekali gus menggalas misi memecahkan rekod kebangsaan di Thailand.