Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: 'Seperti ada pisau di lutut, hanya sukan ini bantu kehidupan saya'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badang.jpg
Permata baru sukan angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, mengambil langkah 'berani mati' dengan semangat juang tinggi demi kilauan emas Sukan SEA 2025 di Thailand, pada Disember ini.

Atlet berusia 21 tahun yang mesra disapa 'udin' itu beraksi dalam kategori 88kg (kilogram) sedang bertarung dengan kecederaan serius di bahagian lutut.

Meskipun disarankan untuk melakukan pembedahan, namun Hafizuddin menangguhkan rawatan kecederaannya kerana enggan terlepas fasa kritikal dalam kariernya bermula dengan temasya Sukan SEA 2025, siri Kejohanan IWF serta Sukan Komanwel 2026.

Sebelum ini dia menderita kesakitan lutut ketika beraksi tetapi ironinya masih mampu meraih pingat perak di Kejohanan Kejuaraan Komanwel 2025 pada September lalu.

"Lutut saya pernah koyak jadi dia pulih itu tidak sempurna seperti ada ketumbuhan tulang.

"Pada awalnya rasa seperti ada pisau di kepala lutut, jadi perlu tahan perkara itu.

"Tidak bersaing dengan orang lain, tetapi berdepan diri sendiri kerana hanya sukan ini membantu kehidupan saya.

"Mungkin saya akan bertahan sehingga komanwel, kemungkinan akan putus juga sangat tinggi jika saya teruskan, saya tenangkan hati dan jalan sahaja." katanya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video