Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Senarai akhir atlet dimuktamadkan September depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jefri-ngadirin.jpg
Senarai akhir atlet yang akan mewakili negara dalam Sukan SEA Thailand hujung tahun ini dijangka akan dimuktamadkan pada September depan, di mana proses pemilihan kini sudah memasuki fasa akhir.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Fefri Ngadirin, berkata MSN dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersama Institut Sukan Negara (ISN) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan untuk memperincikan persiapan kontinjen negara ke temasya dwitahunan berkenaan.

MSN turut menggesa agak pelantikan Chef De Mission (CDM), Timbalan CDM dan pengurus pasukan disegerakan agar segala gerak kerja dapat dijalankan dengan tersusun.

"Pada masa sama, pihak MSN telah membentangkan status program penyediaan atlet ke arah Sukan SEA yang melibatkan hampir 43 jenis sukan," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Husna Zainuddin.

"Kami ketika ini sedang dalam proses mengenal pasti senarai panjang untuk didaftarkan pada penghujung Julai nanti dan senarai pendek pada September depan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video