SUKAN SEA
Sukan SEA Thailand: 'Saya akan cuba bawa pulang pingat, tak kira warna apa'
Musim 2025 bagi atlet olahraga semestinya menjadi landasan utama dalam menyusun gerak menuju ke Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.
Itu turut menjadi misi penting buat atlet lempar cakera wanita negara, Nur Atiqah Sufiah, yang ingin menebus kecewa di Thailand apabila gagal meraih sebarang pingat selepas sekadar menduduki ranking keempat dalam edisi lalu.
"Setakat ini setelah melihat statistik, rakan sepasukan lain turut memberikan saingan yang sengit untuk mendapatkan medal. Kami juga telah berbincang dengan jurulatih, untuk mendapatkan pingat sekurang-kurangnya perlu membuat balingan 50 meter di Sukan SEA.
Iklan
"Menuju ke Sukan SEA kami akan cuba untuk buat catatan terbaik (PB) untuk raih medal. PB saya 46, tidak mustahil untuk dapat 50 meter.
Atiqah turut menjelaskan bahawa tidak mustahil untuk dia mencabar catatan terbaiknya untuk dia dan rakan seperjuangan, Queenie Ting, dapat merealisasikan misi pingat di Thailand nanti.
"Daripada sekarang memang perlu kerja keras untuk Sukan SEA. Hari raya turut tidak boleh cuti lama dan perlu segera berlatih. Untuk 2025 saya akan cuba bawa pulang pingat tidak kira warna apa sekalipun." tambahnya.
Must-Watch Video