Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, menjelaskan perbincangan tentang mekanisme terbaik mengenai sasaran pingat dalam Sukan SEA Thailand masih dijalankan.
Norza sebelum ini antara yang bersuara berikutan kegagalan menepati sasaran 40 emas Sukan SEA Kemboja 2023.
"Ia akan dibincangkan dengan MSN (Majlis Sukan Negara). Seketariat harus menilai keupyaan setiap persatuan. Selepas maklumat dikumpul (barulah) cara untuk mengetengahkan sasaran kali ini.
"Saya juga akan berbincang dengan menteri belia dan sukan.
"Pingat emas sentiasa menjadi sasaran kepada pencapaian kita.
"Kami ingin mekanisme terbaik yang akan dibincangkan oleh MSN dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan)," katanya yang ditemui selepas Forum 'Women Participation in Sport, Issues and Challenges' anjuran Olahraga Malaysia (MA) yang membincangkan pemerkasaan peranan wanita dalam industri sukan negara.
Norza juga sempat menjelaskan status baju rasmi kontinjen ke Sukan SEA yang bakal diketahui dalam masa terdekat.
"Kami telah putuskannya daripada segi pemilihan.
"Jadi tunggulah ketika Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kelak," katanya.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang