Ketua jurulatih ragbi 7's negara, Nik Safuan Ismade Nik Man, mengakui pasukannya berdepan cabaran masa dalam persiapan menuju ke temasya Sukan SEA Thailand 2025 pada hujung tahun ini.
Dia turut menegaskan bahawa skuad negara perlu memanfaatkan dua kejohanan siri Asia yang dijadualkan berlangsung di China pada September, serta Sri Lanka pada Oktober depan sebaik mungkin bagi memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Pengendali kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu turut meletakkan sasaran untuk pasukannya mara ke pentas final di temasya dwi-tahunan itu nanti.
"Sekarang dalam senarai panjang ada 21 pemain, yang akan dibawa ke Sukan SEA hanya 13 pemain. Untuk menjalani latihan pasukan hanya 17 pemain yang dibenarkan oleh MSN.
"Jika dilihat sebelum ini juga kita sentiasa diberikan peluang dengan masa yang singkat untuk mempersiapkan pasukan. Saya tidak mahu jadikan ia alasan untuk kita tidak dapat beraksi dengan baik nanti.
"Jika mahu emas, saya letakkan sasaran realistik untuk mara ke final terlebih dahulu,' katanya.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Amir Amri Mohamad, memaklumkan pihaknya terbuka untuk membawa masuk pemain berstatus warisan bagi memperkuatkan skuad kebangsaan terutamanya pasukan Bunga Raya 15's.
Malah, dia juga berkongsikan usaha untuk mengenalpasti pemain warisan sudah pun dilakukan badan induk itu, namun ianya masih di peringkat awal.
Dia ditemui ketika Majlis Penyerahan Penajaan daripada syarikat automotif terkenal kepada KRM berjumlah RM200,000 bagi persiapan skuad 7's lelaki dan wanita negara ke Sukan SEA 2025.
"Ada usaha dilontarkan oleh penggiat dan peminat ragbi, tetapi kita akan lihat terlebih dahulu daripada masa ke semasa pemain warisan dan kedudukan kewangan serta kemampuan.
"Kita mahu kenal pasti dahulu pemain warisan yang boleh beraksi untuk Malaysia." tambahnya.