Skip to main content

Hoki

Sukan SEA Thailand: Rodhanizam sasar bentuk skuad hoki dalam dewan lebih ampuh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hokii_1.jpg
Ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan negara, Rodhanizam Mat Radzi, kini mempunyai visi lebih jelas dalam membentuk pasukan yang ampuh ke Sukan SEA Thailand, Disember nanti.

Membimbing kedua-dua pasukan lelaki dan wanita, Rodhanizam sudah mengenal pasti beberapa bakat baru hasil pemantauan sepanjang Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia edisi ke-4.

"Kita ada beberapa pemain Maybank dan TNB seperti Wan Haziq yang sebelum ini pernah bersama kita, mungkin kita akan panggil balik untuk msesi pemilihan kita nanti. 

"Dan juga dari pasukan Maybank kita dapat lihat mungkin pemain nombor 9 daripada Maybank,jadi ada beberapa lagi beberapa pemain dari pasukan yang lain dan selepas ini kita akan senaraikan 30 pemain buat skuad lelaki mahupun wanita. 

Rodhanizam merancang untuk memanggil tambahan pemain bagi menyertai kem latihan kebangsaan lebih awal daripada biasa.

Langkah ini diambil bagi memastikan pasukan negara benar-benar bersedia untuk merampas kilauan pingat emas di bumi Thailand.

Menyedari cabaran getir yang bakal dihadapi, Rodhanizam tidak mengambil mudah ancaman musuh tradisi seperti Indonesia dan Thailand, yang kini turut memperkasa persiapan dengan menggunakan khidmat jurulatih dari Malaysia serta menjalani latihan berfasa di Eropah.

Pasukan negara dijangka menghadapi persaingan lebih sengit berbanding edisi terdahulu.

"Kita tahu negara jiran Indonesia dan Thailand mereka lakukan persiapan ke negara Eropah dan macam kita pun selepas ini, kita akan lakukan persiapan kita dan ini yang kita akan lakukan persiapan yang rapi kerana memang pada tahun ini kita mahu bawa pulang pingat emas buat kedua-dua pasukan lelaki dan wanita. Kita mesti bawa pingat itu pulang ke Malaysia. 

Advertisement

Must Watch Video