Jurulatih berbasikal trek Thailand, Rizal Tisin, mengesahkan tiada ahli keluarga pelumbanya yang terlibat dengan insiden gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud yang menggegarkan bandar itu semalam.
Malah, jurulatih berusia 40 tahun itu juga mengesahkan venue latihan skuad berbasikal trek Yhailand berkenaan juga tidak terjejas akibat bencana terbabit.
"Agak terkejut jugalah sebenarnya apabila ramai yang bertanyakan khabar.
'Saya sebenarnya sampai ke tanah air jam 3 pagi kelmarin.
"Kami sampai awal dan pasukan dalam keadaan selamat. Pasukan berbasikal trek negara di Chiang Mai juga dalam keadaan OK, Alhamdulillah," katanya di Nadi Weekend.
Rizal yang memulakan tugas jurulatih berbasikal trek di negara jiran itu sejak Januari lalu diberikan kontrak selama setahun oleh Persatuan Berbasikal Thailand.
Sentuhan Rizal yang turut pernah melatih Singapura dan Indonesia ditagih bagi membantu barisan pelumba negara itu menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand Disember depan.
"Program latihan kami di Suphan Buri kini memasuki fasa pertengahan.
"Saya mengendalikan pasukan berbasikal trek pecut dan endurance dan semuanya berjalan dengan lancar. Dan masalah dalaman persatuan tidak mengganggu persiapan kami," katanya.