Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan SEA Thailand: PSM cari jalan dapatkan khidmat dua bintang Negeri Sembilan Antlers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nsa.jpg
Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan, memaklumkan bahawa dia sedang berusaha bagi memastikan hasrat ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun, untuk membawa masuk dua tonggak Negeri Sembilan Anthlers, Mohd Hafizul Hayazi dan Zuleffendi Sumari, ke kem skuad kebangsaan menjadi kenyataan.

Jelas Sumali, dia sudah menghubungi majikan Zuleffendi atau lebih mesra dipanggil Paklong, bagi mendapatkan jalan penyelesaian berkenaan isu pelepasan pemain itu yang berkhidmat sebagai pembantu awam di Jitra, Kedah.

Dia turut mengadakan perbincangan dengan majikan Hafizul atau John selewat-lewatnya minggu ini bagi menyelesaikan segala ketidakpastian yang berlaku.

Prestasi cemerlang yang ditampilkan dua pemain tersebut dalam saingan Premier, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) membolehkan khidmat mereka ditagih skuad negara dalam persiapan menuju ke Sukan SEA Thailand pada penghujung tahun ini.

"Berkenaan status Zuleffendi selaku apit kiri juara Grand Prix (GP) Negeri Sembilan itu, saya telah berhubung dengan majikan mereka dan berkomunikasi untuk memohon bantuan supaya mendapat pelepasan pemain tersebut.

"Untuk John pula, saya juga telah berbincang dengan majikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan difahamkan exco sukan akan berbincang cari penyelesaian.

"Dua hari lagi saya akan datang pejabat SUK dan MSN akan hadir untuk cari jalan terbaik bagi dapatkan pelepasan John," katanya di Nadi Arena. 
 
Takraw Shoes

Kasut Yang Gerak Seiring Aksi Anda

Direka untuk ketangkasan dan kawalan, kasut takraw ini sesuai untuk pemain yang mahu kekal pantas dan stabil di gelanggang.


Lengkapkan Aksi Anda

Advertisement

Must Watch Video