Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Phee Jinq En yakin cukup tempoh persediaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

phee-jing-en.jpg
Kontinjen negara yang beraksi dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024, Surabaya dan Malang, Indonesia menyaksikan skuad olahraga cemerlang membawa pulang RM71,000 setelah meraih 13 pingat emas, 10 perak dan lapan gangsa.

Selain olahraga, skuad renang turut mencipta sensasi dengan membawa pulang jumlah kedua tertinggi iaitu RM6,000 dengan sembilan emas, tujuh perak dan 16 gangsa..

Olimpian negara, Phee Jinq En, yang turut menyumbang satu emas dan satu perak dalam acara 50 meter dan 200 meter kuak dada wanita menerusi penampilan pertama dan terahirnya dalam AUG 2024 gembira dengan kejayaannya dan berkongsi tentang persiapannya menjelang Sukan SEA Thailand 2025.

"Seronok melihat rakan sepasukan meraih ganjaran dan berharap mereka akan terus berlatih dengan gigih. 

"Baru-baru ini kami menjalani kem latihan pusat di Eropah dan memutuskan masih mampu bersaing. 

"Jadi saya mempunyai enam bulan untuk menjalani persiapan. 

"Walaupun ia pasti akan melelahkan tapi saya rasa sudah cukup bersedia untuk bersaing pada Disember depan," katanya. 

Majlis Penyerahan Insentif AUG 2024 di Hotel Zenith, Putrajaya, itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dengan penyerahan berjumlah lebih RM300,000 diagihkan kepada 13 jenis sukan yang menyumbang pingat dengan keseluruhan 38 emas, 47 perak dan 62 gangsa.
 

Advertisement

Must Watch Video