Tanda tanya yang membelenggu kem berbasikal trek negara kini sudah terjawab.
Olimpian, Shah Firdaus Sahrom, sah tidak akan berada dalam senarai bertanding ke Sukan SEA Thailand, Disember depan.
Selepas diagnosis penuh daripada pihak Institut Sukan Negara (ISN), kecederaan kaki kanan yang telah lama menghantui dirinya itu berpunca daripada insiden kemalangan ketika acara final keirin sewaktu Sukan Olimpik Paris 2024.
"Apabila kami melakukan analisis semula, kecederaan itu berpunca di Paris.
"Saya agak tertekan kerana ia sudah melewati tujuh bulan," kata jurulatih, Harnizam Basri, di Nadi Arena.
Bagaimanapun, slot yang ditinggalkan 'The Terminator' itu tiada penggantinya memandangkan tempoh pendaftaran pemain sudah ditutup.
Ini bermakna tanggungjawab besar kini terletak di atas pelumba muda yang lain.
Kem negara turut terlepas untuk memiliki pingat dalam kategori wanita memandangkan ia tidak akan dipertandingkan oleh tuan rumah.
"Tiada pengganti dan kami akan mempertaruh nama-nama yang sudah mengesahkan tempat," tambahnya.
Dapatkan Sekarang

Lebih Dari Sekadar Jam
Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.
Dapatkan Sekarang