Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Nur Suryani percaya masih ada masa demi persiapan diri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

suryani.jpg
Sibuk dengan pelajaran dan urusan kerjaya, jaguh menembak wanita negara, Nur Suryani Taibi, mengakui sedikit bergelut untuk mendapatkan semula prestasi sebenarnya ketika ini.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Palembang 2011 itu mensasarkan untuk terus menyumbang pingat buat kem kebangsaan menjelang temasya dwitahunan di Thailand Disember ini.

Bagaimanapun, dia tidak begitu gusar memandangkan tempoh masa untuk persiapan diri masih lagi panjang.

Nur Suryani percaya dia mampu mendapatkan bidikan terbaiknya semula dalam tempoh terdekat sebelum aksi sebenar nanti.

"Ini adalah kali pertama saya beraksi menyertai kejohanan tahun ini selepas bertembung dengan beberapa kursus. 

"Saya kesuntukan masa untuk persiapan selama seminggu, agak terkejar-kejar.

"Saya belum mencapai tahap yang memuaskan seperti sebelum ini," katanya di Nadi Arena. 

Dia yang ditemui dalam Kejohanan Menembak Kebangsaan 2025-Trofi Tun Tan Siew Sin hari ini itu berada di tempat ketiga acara tiga posisi yang dimenangi oleh Gan Chen Jie.
 
Nur Suryani melengkapkan bidikan di tempat ketiga dengan 426.4 mata. 

Advertisement

Must Watch Video