Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Thailand: Norliyana fokus emas lompat tinggi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

norliyana-kamaruddin-jaguh-lompat-tinggi-negara.jpg
Wanita besi negara, Norliyana Kamaruddin, sanggup mengorbankan acara heptathlon bagi beri sepenuh tumpuan dalam misi memburu pingat emas dalam acara lompat tinggi Sukan SEA Thailand, hujung tahun ini.

Namun, untuk merealisasikan misi itu, Norliyana perlu mengatasi pencabar terdekat yang juga atlet tuan rumah serta pemenang edisi lalu, Thanlada Thongchomphunut.

Pada tahun ini, 1.75 meter menjadi catatan terbaik Liyana ketika muncul juara Terbuka Thailand, bulan lalu, dan dia sedang berusaha keras untuk mengulangi catatan 1.82 meter yang pernah dilakukannya ketika beraksi dalam acara heptathlon.

"Pencabar dari Thailand dan Vietnam menjadi perkara kedua, yang pertama adalah diri sendiri. 

"Saya sedang tingkatkan lompat tinggi selain elak kecederaan daripada berulang. 

"Jadi lebih baik saya fokus kepada diri sendiri terlebih dahulu berbanding aspek luaran," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Sementara itu, jurulatih olahraga negara, Muhammad Malik Ahmad Tobias, sedang merangka pelan latihan komprehensif bagi mengekalkan prestasi cemerlang anak buahnya itu bagi mengelakkan kecederaan dialaminya tidak berulang.

"Kami sudah berbincang untuk fokus kepada lompat tinggi. 

"Latihan kami lebih (bercirikan) heptathlon bagi mengelakkan tekanan lebihan terhadap ototnya. 

"Saya tidak mahu ia melarat," katanya pula. 
 

Advertisement

Must Watch Video