Berbaki 11 bulan menuju Sukan SEA Thailand 2025, pemegang rekod lontar peluru kebangsaan, Nani Sahirah Maryata, memasang misi besar berbanding edisi lalu di Kemboja yang menyaksikannya meraih pingat gangsa.

Misi besar itu tampak mampu direalisasikan berikutan deretan kejayaan mega yang dijana penuntut tahun empat ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan UPM itu sepanjang tahun ini apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri menerusi catatan 15.70 meter berbanding rekod lamanya, 15.39m.


"Saya mahu lebih tingkatkan aspek fizikal demi menguasai teknik lontaran termasuk aspek pemulihan dan hala tuju lontaran," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.





Kejayaan ini memberi isyarat jelas bahawa Nani mampu meraih emas mahupun perak dalam sukan dwitahunan itu.

"Saya harap dapat memenangi pingat emas Sukan SEA bagi mencabar atlet Thailand (Areerat Intadit).

"Dia lebih bagus daripada saya jadi saya perlu tambahkan kekuatan, kelajuan dan masa melakukan melontarkan.

"Kalau saya terlebih memusingkan badan, lontaran saya mungkin rendah atau terbatal," katanya.