SUKAN SEA

Sukan SEA Thailand: Muhaizar Mohamad mahu kembali beraksi

Najmi Iman 21/06/2024 | 12:02 MYT
Perjalanan karier pemenang dua pingat gangsa Sukan SEA 2017 dan 2019, Muhaizar Mohamad, masih belum menjumpai titik noktah untuk tidak lagi bersaing dalam acara larian itu.
Muhaizar kekal dengan larian cemerlangnya selepas kali terakhir mencatatkan masa terbaik bagi acara marathon, 2j 26m di Berlin, Jerman pada 2018, selain meletakkan harapan untuk kembali beraksi di Sukan SEA Thailand 2025.
Kendatipun begitu, dia mengakui bahawa keadaan fizikalnya tidak berada pada tahap terbaik memandangkan terpaksa membahagi masa di antara kerja hakikinya sebagai tentera di sebalik sedang menjalani latihan sebagai rutin.
"Saya menyimpan hasrat ingin melayakkan diri ke Sukan SEA 2025 dan kembali merangka persiapan untuk perlu kembali berdisiplin menjalankan latihan," katanya.
#Muhaizar Mohamad #Sukan Sea Thailand
;