Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: MSN perhalusi dana tambahan buat kem berbasikal lebuhraya negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mss.jpg
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara MSN, Jefri Ngadirin, memaklumkan bahawa perbincangan yang lebih rapi akan dibuat selepas mesyuarat Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Ia berkenaan dana tambahan permintaan PKBM buat skuad lebuhraya melibatkan sembilan pelumba ke temasya Sukan Sea Thailand pada penghujung tahun ini.

"Selepas mesyuarat majlis mengesahkan senarai tersebut, baru pihak PKBM akan berunding bersama MSN untuk persiapan pasukan kebangsaan ke arah temasya Sukan Sea di Thailand nanti.

"Kita juga perlu diingatkan bahawa pihak MOM sedang melakukan pra pemilihan untuk kontinjen ke temasya tersebut mengikut kategori A dan B," kata Jefri Ngadirin.

PKBM serta MSN akan menunggu sesi pemilihan oleh ahli jawatankuasa Majlis Olimpik Malaysia  pada 12 Ogos bagi mengesahkan senarai akhir atlet.

Advertisement

Must Watch Video